Tuesday, March 30, 2010

SaHAbat OH sAHAbat....mencari SAhabAT YG SERASI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • HARGAILAH yang TERBAIK - TEMAN YG BAIK SEHARUSNYA SERING BERHUBUNGAN DAN TAHU PERKEMBANGAN HIDUP MASING2.kamu sentiasa berjumpa agar hubungan sentiasa berkekalan.utk memastikan hubungan itu kekal,kamu akan memastikan setiap masa yg dihabiskan penuh bermanfaat dan elak drpd perkara2 yg boleh menjejaskan hubungan.
  • JUJUR dan TELUS - mungkin jika kamu tidak mampu berterus terang kamu boleh melakukan sesuatu agar dia memahami apa yg kamu rasakan.mahu tidak mahu kamu dan dia terpaksa menerima situasi ini.
  • BERTERUS TERANG - jika terdapat perkara yg melukakan hati,berterus terang lah.situasi akan menjadi lebih teruk jika terus dipendam.mungkin ada perkara pada dirimu yg masih sahabat kamu tak faham atau terlepas pandang.
  • MAMPU MENGGEMBIRAKAN - sahabat kamu mampu menggembirakan dan begitu juga kamu yg boleh menceriakan hidupnya.tetapi tak bermakna kamu perlu manjadi seorang yg sentiasa ketawa dan gembira sepanjang masa.situasi gembira itu lebih kepada perkongsian yg melibatkan keikhlasan hati.
  • TEMAN SEJATI - teman sejati akn berada di saat kamu memerlukannya.kamu akan berkongsi apa sahaja bersamanya.menangis dan ketawa bersama.mungkin kamu akan memiliki sahabat begini jika kamu juga sudi utk melalui saat2 ini bersamanya.
berkawan biar berjuta...berkasih biar pada tempatnya...tetapi sahabat sejati mmg sukar hendak ditemukan..... sahabat yang kucari masih dinanti....ehmmm


AKU INSAN BIASA...........


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

AZYAN GEMBIRA DAN BERSYUKUR SANGAT BILE DGR RAMAI SAHABAT2 SEPERJUANGANKU SEMASA PERSEKOLAHAN DAPAT TAWARAN OVERSEA.INSYA-ALLAH AZYAN SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN MEREKA SAMA SEPERTI AZYAN BERDOA UTK DIRI AZYAN SENDIRI.YANG PENTING SEKARANG NI BUKAN KERJASAMA TAPI AZYAN PERLU LEBIH BERUSAHA DALAM PELAJARAN AZYAN UNTUK LEBIH BERJAYA SEPERTI KATA PEPATAH "JADILAH PANCANG DI TENGAH ARUS" .KATA 2CIKGU RIDZUAN ATAN YANG AKAN SENTIASA MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK TERUS BERJAYA.CHAIYOK2!!!!!!

Monday, March 29, 2010

AKU JUGA BERSALAH...........(tip pengguna facebook)

  • MEMANIPULASI AKAUN FB UTK MANFAAT ISLAM MELEBIHI KEPENTINGAN PERIBADI SEPERTI MNGUNAKAN RUANG YANG ADA UNTUK MEMPROMOSI KEFAHAMAN ISLAM MELALUI VIDEO,TULISAN DAN SEBAGAINYA.
  • TIDAK MEMASUKKAN PERINCIAN PERIBADI YANG SENSITIF SEPERTI AKAUN BANK,TARAF KESIHATAN DAN SEBAGAINYA.CUKUPLAH SEKADAR MENYERTAKAN NAMA,TARIKH LAHIR DAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN.
  • TIDAK BERKONGSI TERLALU BANYAK GAMBAR PERIBADI(KHUSUSNYA KAUM HAWA)TANPA HAD.TANPA KAWALAN IA BAKAL MEMBAWA MUDARAT BERBANDING MANFAAT.PERLU DIINGAT IA AKAN KEKAL DI FB ORANG YANG DIKONGSI DAN JUGA SYARIKAT FB.
  • JAGA AURAT DAN PANDANGAN MATA.JANGAN MEMUAT TURUN GAMBAR YANG TIDAK LENGKAP PENUTUPAN AURATNYA(KHUSUSNYA WANITA),APATAH LAGI YANG BENAR2 MENDEDAHKAN AURAT.
  • ELAKKAN GHIBAH(MENGUMPAT)DALM FB KERANA TELAH TERANG LAGI BERSULUH BAHAWA MENGUMPAT YANG DIIBARATKAN MEMAKAN BANGKAI SAUDARA SENDIRI ITU HARAM HUKUMNYA.
  • HADKAN DAN KURANGKAN PERBINCANGAN SOAL REMEH-TEMEH PERIBADI YANG MEMBUANG MASA DIRI DAN ORANG LAIN.
  • TIDAK TERLIBAT DENGAN PERMAINAN DAN APLIKASI YANG DIJANGKA BERCANGGAH DENGAN ISLAM SEPERTI KUIZ RAMALAN NASIB.SAMA ADA ATAS DASAR"SUKA-SUKA" ATAU SEBALIKNYA.
  • TIDAK MEMPERCAYAI APLIKASI TILIK MODEN SEPERTI RAHSIA TARIKH LAHIR DAN SEPERTINYA YANG TERKANDUNG DALAM APLIKASI PERCUMA FB,SAMA ADA ATAS DASAR"SUKA-SUKA" ATAU SEBALIKNYA.
  • MENYEDARI BAHAWA MAKLUMAT KITA BOLEH MENJADI DATABASE(PANGKALAN DATA) PIHAK ASING UTK MEMANTAU KEHIDUPAN DAN INFORMASI PERIBADI KITA JIKA TIDAK DIKAWAL.DATABASE BEGINI SEBENARNYA AMAT BERNILAI MALAH ADA SATU ORGANISASI DI DUNIA INI YANG MAMPU MENYIMPAN MAKLUMAT MANUSIA SEBAGAIMANA FB.MAKLUMAT SEBEGINI AMAT BANYAK GGUNANYA UNTUK PELBAGAI TUJUAN KEJAHATAN DAN KETAMAKAN.
  • JIKA ITU SEMUA DAPAT DIJAGA DAN DISEDARI,SAYA BERPENDAPAT MENGGUNA DAN MEMBUKA KAUAN FB ADALAH KEKAL DALAM HUKUM HARUS ATAU DIBENARKAN UNTUK KEMASLAHATAN ISLAM,IA DIGALAKKAN.(RUJUKAN DRPD SOLUSI)

Sunday, March 28, 2010

BUNGA OH BUNGA

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lataran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi lansung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

PETIKLAH BUNGA ITU WAHAI KUMBANG SAKTI

Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.

Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.

Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.

Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?


Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang

Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya. *